Bai’ah Aqabah pertama
Bai’ah Aqabah pertama termeterai pada musim haji tahun ke-12 kenabian bersamaan bulan Julai tahun 621 masihi, datanglah 12 orang lelaki termasuk 5 orang yang telah datang menemui Rasulullah pada tahun sebelumnnya iaitu tahun ke-11 kenabiaan. Seorang lagi yang tidak datang iaitu Jabir bin Abdullah bin Ri’ab. Selebihnya ialah 7 orang yang baru iaitu 4 orang dari kabilah al-khazraj dan 2 orang dari kabilah Aws. Kabilah Khazraj diwakili oleh Mu’ad bin al-Harith bin Arfa’dari Bani al-Najjar, Zakwan bin Abdul Qays dari Bani Zurayq, Ubadah bin Samit dari Bani Ghanam dan Al Abbas bin Ubadah bin Nadlah dari Bani Salim. Manakala kabilah Aws diwakli oleh Abu al- Haytham bin al-Tilan dari Bani Abdul al-Asyhal dan Uwaym bin Saidah dari Bani ‘Amru bin ‘Awf.
Bai’ah ini juga di kenali sebagai “Bai’ah Nisa’”. Meraka ini datang bertemu Rasulullah s.a.w di ’Aqabah Mina. Dalam pertemuan ini mereka telah berjanji taat setia sebagaimana Bai’ah para wanita yakni janjisetia itu sejajar dengan bai’ah yang diberikan oleh golongan wanita kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa pembukaan Mekah.
Al- Bukhari meriwayatkan daripada Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ marilah berbai’ahlah kepadaku bahawa kami tidak akan mensyirikkan Allah dengan satu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anakmu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan. Barangsiapa daripada kamu yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu di hokum semasa di dunia. Maka itu adalah sebahagian daripada kiffarah.barangsiapa yang terlanggar sesuatau daripadanya lalu Allah menutupnya, maka urusannya terserahlah kepada Allah. Jika Dia mahu maka Dia akan menyeksakannya dan jika Dia mahu dia akan mengampunkannya.
Bai’ah Aqabah Kedua
Bai’ah Aqabah ini termeterai pada musim haji tahun yang ke- 13 kenabian bersamaan bulan Jun 622 masihi. Lebih 70 orang muslim dari Yathrib datang unuk menunaikan ibadat haji. Mereka datang bersama-sama jemaah haji dari kaum mereka yang masih syirik. Semasa berada di Yathrib atau dalam perjalanan, mereka bertanya sesama mereka, sampai bilakah kita akan membiarkan Rasulullah s.a.w berjalan dan hidup dalam terusir serta dalam ketakutan dikawasan bukit-bukit Mekah ini?
Apabila sampai ke Mekah, berlakulah perhubungn rahsia antara mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w yang membawa persetujuan kedua-dua belah pihak untuk berkumpul pada pertengaan hari-hari Tashriq disuatu lorong ‘Aqabah iaitu tempat dimana terleteknya Jamra al- Ula di Mina. Mereka bersetuju bahawa pertemuan itu akan diadakan secara rahsia iaitu diwaktu jauh malam. Bersam–sama mereka ialah Abdullah bin ‘Amru bin Haram iaitu salah seorang ketua yang terhormat dikalangan penduduk Yathrib.
Setelah itu Rasulullah s.a.w pun menyampaikan kepada mereka butir-butir ataupun perkara-perkara yang terdapat dalam perjanjian ini dan setelah itu mereka pun berbai’ah kepeda Rasulullah.
Antara butir-butir atau isi kandungan yang terdapat dalam perjanjian. Kandungan Bai’ah tersebut diriwayatkan oleh imam Ahmad daripada Jabir secara terperinci, antara kandungan perjanjian tersebut ialah dengar dan patuh sama adasemasa rajin ataupun malas; sanggup mengeluarkan belanja semasa senang atau susah, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, menegakkan tanggungjawab terhadap agama Allah tanpa menghiraukan celaan dan menolong Aku (Rasulullah) bila baginda datang kepadamu dan mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri dan anak-anak kamu. Sebagai balasannya adalah Syurga. Dengan itu termeterailah perjanjian Aqabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Citenya amat bagus...so tngktkn usaha anda...
assalamualaikum
asmini....crita bai'ah ni bagus...walaupn terdpt ketidakadilan dlm perjnjian tersebut rasulullah tetap menyetujuinya...inilah sifat mulia rasul yg x pd orang ln...
Tahniah...
Cerita anti menarik dan mudah difahami..
Teruskan....
Padu hazman .. usrah 2.0!GGWP
Padu blog ni .. sampai kami semua boleh guna buat rujukan ...... credit to hazman
Post a Comment