Saturday, February 23, 2008

Keputeraan Nabi Muhammad s.a w

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di petempatan Bani Hasyim di Mekah pada pagi hari isnin 9 Rabi'ul Awal tahun pertama peritiea gajah dan empat puluh tahun setelah berlakunya pemerintahan Kirsa Anossyarwan. Ianya bersamaan dengan 20/22 april 571M, berdasarkan analisis yang dibuat oleh seorang alim besar Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri dan seorang lagi penganalisis ahli falak iaitu Mahmud Basya.



Ibn Sa'ad meriwayatkatkan bahawa ibu Rasulullah s.a.w pernah berkata:"Setelah aku melahirkannya, keluar dari farajku cahaya menerangi untuknya istana -istana di Syam".Ahmad meriwayatkan sebuah hadith yang maksudnya hampir sama dari al-Irbad bin Sariyah.



Diriwayatkan bahawa perkara-perkara luar biasa 'ihras' sebagai tanda perutusan Rasulullah s.a.w telah terjadi ketika baginda di lahirkan.Semasa baginda dilahirkan 14 lengkungan gerbang istana Kisra telah gugur, api yang di sembah oleh orang-orang Majusi terpadam dan gereja -gereja di sekitat Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap ke dalam bumi. diriwayatkan olehal-Baihaqi. Manakala Muhammad al-Ghazali tidak memperakui berita ini.



Apabila baginda dilahirkan ibunya menghantar utusan kepada 'Abdul al-Muttalib menyampaikan berita gembira itu. Lalu datanglah 'Abdul Muttalib dengan penuh girang dan masuk ke Ka'bah serta berdoa dan bersyukur kepada Allah Taala. Dia memilih nama untuk cucunya itu dengan nama Muhammad. Nama ini tidak pernah dikenali dikalangan orang-orang arab ketika itu dan dikhatankan pada hari ke-7 sebagaimana yang dilakukan olae orang-orang Arab.



Orang yang pertama menyusukan baginda s.a.w selepas ibunya ialah Thuwaibah hamba Abu Lahab dengan susu byinya bernama Masruh. Sebelum itu dia juga telah menyusui Hamzah Bin 'Abdul Muttalib dan selepasnya dia menyusui Abu Salamah Bin 'Abdul Asad al-Makhzumy.

No comments: